Kerana cinta aku pernah menangis…
Kerana cinta aku pernah tersenyum..
Keranaya aku resah
Kerananya aku gila…
Cinta memang gila…kerana cinta itu memang buta…
Orang yang celik menjadi lebih buta daripada orang yang tak dapat melihat
Kerananya semuanya hancur…
Padahal….aku tak pernah bercinta.
Kerana cintaku pada seorang sahabat..
Aku menangis..
Banyak kali kutahan akhirya tumpah jua..
Sebak dadaku…sayu hatiku…sepi kurasakan..
Kerana seorang sahabat…
Tapi seorang sahabat…
Tak pernah menyedari cintaku padanya..
Kerana butanya cintanya..
Sanggup menghiraukan semua kepentingan diri,
Sanggup membazirkan masa wang…
Sanggup mengabaikan pelajaran,
Sanggup melupakan yang membesarkannya
Sanggup lupa pada kebesaranNya
Sanggup mengenepikan seorang sahabat,
Sanggup membela yang baru dikenali..
Sedangkan aku…seorang sahabat…
Yang mana susah,
Yang mana senang
Disisi….
Kerana cinta terlalu diagung-agungkan
Tapi
Paling aku tak sanggup melihat dirinya …hanyut…
Dibuai cinta bergelumang najis...berbisikkan syaitan…
Sungguh hati perasaanku tak pernah tenteram,
Hanya kerana seorang kawan,
Kenapa tidak aku lupakan seketika…
lupekan masalahnya…sedangkan ku sendiri punya masalah…
Hanya wuduk mampu menenangkan..
Bersujud kepadaNya..
Sambil menulis.,air mataku masih mengalir…
Siapa peduli…
Bukan aku pasangan hidupnya..
Hanya seorang kawan…
Buat menemani kala suka dan duka..
Bukannya menemani saat bahagianya…
Tapi kerana seorang kawan…
Kuberusaha sedaya mungkin memulihkannya…
Kubiarkan mulut berbicara halus-halusan…
Biarpun tidak diendahkan,
Biarpun dikatakan suka menyibuk,suka membebel,
kutitipkan juga doa kudus untukmu..
Sehingga aku dimarahi sebaliknya,
Aku sebak…difikiran masih berusaha mencari jalan yang sebaik mungkin..
Menasihati yang termampu,
Menyedarkan bahawa Allah itu Maha Pencinta,
Lidah dan hati hanya mampu berdoa…
Semoga dirinya menjumpai cinta yang hakiki…cinta kepadaNya..
Demi seorang kawan,
akan kupasti kebahagian milik semua…
Dalam hidup…aku bukan seorang…
Sampai mati engkau sahabatku…
Sahabatku dunia akhirat..
Satu nasihatku buat sahabat…
hindari diri dengan orang yang terang-terangan merosakkan sahabatnya,
bersahabatlah dengan orang yang mencintai sahabatnya…
bersahabatlah dengan sahabat yang membawa kepada jalan yang benar
dan jika diri terlalu naïf untuk bersahabat,
carilah sahabat yang sentiasa ingatkan Tuhannya...
tidak salah bercinta…
tetapi cinta setulusnya
Yang direstui olehNya…cinta abadi...